Salam mahabbah
^_^
Hah,ingat tak sebelum ni penulis ad menyebutkan ttg
mencintai ALLAH lebih baik drpd kita terlalu mencintai manusia??? Tapi, macam
mana nak cinta kalau tak tau cara kan… Baiklah sepertimana yg telah ALLAH
firmankan,mafhumnya:
katakanlah (wahai Muhammad) : jika benar kamu mengasihi ALLAH, maka ikutilah daku, nescaya ALLAH mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan ingatlah ALLAH maha pengampun lagi maha mengasihani. [surah ali-imran : 31]
Dapatlah kita lihat bahawa selain melakukan segala
suruhan ALLAH dan meninggalkan laranganNYA kita juga perlu mengikuti sunnah
kekasihNYA Muhammad SAW bagi membuktikan cinta kita.
Ianya lumrah apabila kita ingin mengambil cinta
seseorang kita perlulah cuba untuk mencintai org yang disayanginya juga,
barulah kita akan senang untuk dicintai. As a example, bila kita nak jadikan
seseorang tu teman hidup kita mestilah kena ambil hati keluarganya dulu barulah
kita akan bahagia mencintai dan dicintai. Begitulah diibaratkan bila kita nak
dicintai ALLAH mestilah mencintai nabi Muhammad SAW dan mengikuti segala sunnah
baginda kerana baginda sgt dimuliakan oleh ALLAH dan merupakan utusanNYA.
Insyaallah bila kita dapat melakukan segala sunnah baginda, kita juga akan
mendapat cinta ALLAH yg paling tinggi sekali darjat sesebuah CINTA…..
Selain itu, penulis juga ada terjumpa sebahagian
RAHSIA nak merebut CINTA ALLAH sepertimana tertulis di dalam novel hasil
nukilan novelis terkenal kita Fatimah Syarha ‘Sebarkan cinta-MU’, :
Hadis qudsi riwayat Ubadah bin Somit,bermaksud “ALLAH SWT berfirman:
-Orang yg saling berkasih syg kerana-KU berhak mendapat kasih sayang-KU-orang yg saling berhubung silaturrahim kerana AKU juga berhak mendapat kasih sayang-KU
-orang yg saling menasihati kerana AKU-orang yg saling menziarahi kerana AKU-orang yg saling berkorban berbelanja antara satu sama lain kerana AKU, semuanya berhak mendapat kasih sayang AKU(Sesungguhnya) orang yg saling berkasih sayang kerana AKU di atas singgahsana daripada cahaya, para nabi,siddiqin, dan para syuhada pun rasa terkilan dgn kedudukan itu.
As a conclusion, bagi mendapatkan cinta ALLAH kita
mestilah melakukan segala2nya kerana-NYA.mudah2an kita tergolong dlm golongan
yg sentiasa mnjadikan ALLAH tujuan utama kita dan sekaligus kita pun akan
mnjadi hamba pertama yg sentiasa dlm pndangan dan cinta ALLAH,amin …..
Wa Allahu A’lam,











No comments:
Post a Comment