Di depan
pintu Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu PBB di New York terdapat sebuah papan yg
bertuliskan sebuah syair yg indah yg pernah ditulis oleh As-Sa’di Asy-Syirazi.
Syair itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa inggeris. Syair itu berisikan
seruan utk persaudaraan, kerukunan & persatuan. Isinya spt berikut :
Saat
kukunjungi kekasihku, ia berkata kepadaku :
“siapakah
yg ada di balik pintu?”
Kujawab
: “yang ada di balik pintu hanyalah aku”
Ia
berkata : “Kamu keliru dalam mengertikan cinta
Kerana
dalam ungkapanmu
Kamu
pisahkan antara aku dan kamu”
Setahun
telah berlalu
Saat
ku kembali datang kepadanya
Mengetuk
pintu rumahnya dengan lembut
Dia
berkata kepadaku : “siapa kamu”
Kujawab
: “lihat sendiri , masa tidak kenal
Tetapi
aku yakin kalau yang ada di balik pintu hanyalah kamu”
Ia
berkata kepadaku : “ sekarang kamu baru memahami erti cinta
Dan
mengenalnya dengan baik
Untuk
itu, silakan masuk wahai belahan jiwaku.”
Seorang
hamba harus punya seorang teman yg membantunya utk menghiburnya & pasangan
utk berbahagi rasa.
Dan
jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku(iaitu) Harun, saudaraku.
Teguhkanlah dengan kekuatanku dan jadikanlah dia sekutu dalam urusanku agar
kami banyak bertasbih kepada Engkau dan banyak mengingatiMU. [Surah
Taha : 29-34]
Seorang
penyair mengatakan :
Engkau
perlu orang terdekat untuk curahan hatimu yang akan menasihatimu, menghiburmu
atau berbahagi duka denganmu.
Firman ALLAH
SWT :
…sebahagian
mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain…. [Surah At-Taubah : 71]
…seakan-akan
mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. [ Surah As-Shaff
: 4]
Sesungguhnya
orang-orang mukmin itu bersaudara… [Surah Al-Hujurat :10]
[source : La Tahzan, Dr ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni ,no209]
p/s : jangan salah pilih kawan ye,
sebaik-baik
sahabat ialah yg apabila kita melihat dia dan bersamanya,
kita
akn sentiasa mengingati Allah.
In
sha Allah…..
Mahabbah
untuk sume ^_^